Tahun 2018, setiap 3 minggu, bonda ambo terpaksa dipapah ke klinik untuk jumpa doktor dan ambil drugs berlesen untuk melegakan kesakitan akibat gout dan gastrik.

Setiap 3 minggu, doktor bagi ubat yang sama, berlarutan selama beberapa bulan sehinggalah ambo rasa macam kena buat sesuatu ni. Kesian la bonda ambo..

Ambo mencari supplement yang boleh membantu proses penyembuhan bonda ambo ni, ini kerana ambo percaya, penyakit seperti gout, gastrik, dan penyakit2 generatif yang lain adalah akibat kekurangan zat dalam badan. Dan penyakit seperti ini, dadah tidak mampu menyembuhkannya.

Ambo bagi supplement Laminine kepada bonda, alhamdulillah, botol ke 3, bonda ambo semakin pulih, dan sejak itu, tidak perlu lagi ke klinik.

Itulah kekuatan makanan tambahan ni. Ia mampu merawat badan kerana penyakit akibat kekurangan zat bukan kerana virus atau kecacatan, semua penyakit ini berlaku apabila kita tidak cukupkan zat dalam makanan kita.

Ya, boleh makan secara sihat, tapi bonda ambo tak mampu nak makan, sayur, tolak tepi, susu payah nak minum, buah payah nak cari. Cara paling mudah ambil supplement.

Bonda ambo masih 1 lagi masalah, iaitu sembelit, akibat kekurangan serat dlm diet harian, sembelit menjadi masalah utama untuk bonda ambo yang berusia 77 tahun ni. Cik Abe dio belikan betik hampir setiap hari, tapi bonda tak mampu nak makan banyak, makan sikit tak jadi. Makan banyak tak leh nak telan.

Cari punya cari, ambo diperkenalkan dengan Aloe Vera Gel. Minum je botol pertama, muka bonda ceria.. sembelit dah settle. Mudah membuang katanya, tak perlu lagi beli betik banyak2.. Lagi pun dalam AVG ada asid amino tambah pula ambil Bee Propolis yang juga ada 22 jenis asid amino.

Di sinilah bermulanya perjalanan ambo dengan Forever Living…

Jangan salah faham, ambo tidak menolak perubatan hospital, doktor perlu kita jumpa untuk proses rawatan, tapi kita boleh membantu badan kita untuk terus sihat dengan membekalkan zat2 penting agar badan boleh berfungsi dengan optimum.

Di zaman ini di mana semua makanan adalah makanan proses dan mempunyai hormon tambahan, bahan2 kimia tambahan, maka betullah kata Dr. Ju, kalau tak makan supplement zaman sekarang ni, umpama kita berjalan dalam hujan tanpa menggunakan payung. Kita terdedah kepada banyak pencemaran hingga badan tidak berupaya melawan.

Jadi adakah supplement perlu diambil? Ya!

Penting! Pilih supplement yang bermutu dan selamat, baca dan bincang dengan doktor untuk pengambilan supplement yang selamat. Pastikan supplement ada sticker KKM, FDA dll badan yang menjaga kesahihah sesuatu produk.

pssttt : Ambo nak sihat.. bukan nak berbahas tolak ubat atau tolak supplement… kedua2nya saling memerlukan…

Leave a Reply

Anda mungkin suka baca artikel berikut:

debungalebah

Debunga Lebah

Pernah rasa Debunga Lebah? Ahhhaaa untuk kekal aktif dan bertenaga saya amalkan Bee Pollen, sesuai untuk yang selalu travel/driving long hours kerana debunga lebah ni

Baca seterusnya »
IAmWanHasbullah

Matlamat dan BIG WHY

RAMAI orang tidak mencapai dan menikmati kehidupan yang mereka MAHUKAN. Bukan kerana mereka tidak MAMPU.  Bukan kerana tiada PELUANG. Bukan juga kerana MASALAH yang berlaku

Baca seterusnya »

Jangan Terlepas blog Terbaru Forever Wanniaga

Masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan

terima pemberitahuan pos baru melalui e-mel

freeshipping

PENGHANTARAN PERCUMA untuk
pesanan melebihi RM400