Assalamualaikum.27 Rejab 1442H.

Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana di atas taufik dan inayahNya dapat kita menyambut ketibaan peristiwa agung Isra’ dan Mikraj.

Peristiwa Isra’ dan Mikraj merupakan peristiwa yang terbesar dalam sejarah Islam.
Ia juga mengingatkan umat Islam akan persahabatan yang ikhlas sebagaimana yang ditunjukkan oleh Abu Bakar RA sehingga mendapat gelaran As-Siddiq.

Saidina Abu Bakar RA tidak mempertikaikan, tidak meragui apa yang dilalui oleh Baginda Rasulullah SAW.

Walaupun pada ketika itu ada yang tertanya-tanya dan meragui tentang peristiwa tersebut. Saidina Abu Bakar menerima dan membenarkan peristiwa Isra’ dan Mikraj.

Detik yang bersejarah ini mengajar kita betapa pentingnya keikhlasan dan kejujuran, kepercayaan dan keyakinan.

Semoga kita semua ingat dan ambil iktibar daripada peristiwa Isra’ dan Mikraj yang cukup bersejarah dalam Islam ini.

Sama-sama kita doakan juga agar rakyat Malaysia diberikan kesihatan dan kesejahteraan.

Leave a Reply

Anda mungkin suka baca artikel berikut:

debungalebah

Debunga Lebah

Pernah rasa Debunga Lebah? Ahhhaaa untuk kekal aktif dan bertenaga saya amalkan Bee Pollen, sesuai untuk yang selalu travel/driving long hours kerana debunga lebah ni

Baca seterusnya »
IAmWanHasbullah

Matlamat dan BIG WHY

RAMAI orang tidak mencapai dan menikmati kehidupan yang mereka MAHUKAN. Bukan kerana mereka tidak MAMPU.  Bukan kerana tiada PELUANG. Bukan juga kerana MASALAH yang berlaku

Baca seterusnya »

Jangan Terlepas blog Terbaru Forever Wanniaga

Masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan

terima pemberitahuan pos baru melalui e-mel

freeshipping

PENGHANTARAN PERCUMA untuk
pesanan melebihi RM400