Danial baru je beli sebuah motorsikal berkuasa besar. Ye lah, Danial pun sekarang ni berusia hampir 50 tahun, impian dan minat memiliki motorsikal ber”CC” besar ni dah lama Danial pendam.
 
Sekarang ni hasrat Danial dah tercapai, walaupun secondhand punya motorsikal, takpelah, janji ado..
 
Ambil je motorsikal, Danial terus ke bengkel untuk servis dan minta pomen cek. Pemilik asal kata, tak servis lagi, jadi Danial pun minta pomen servis lah.
 
Pomen : “Boss, nak guna minyak enjin gapo ni?”
 
Danial : “Hok molek boh, mahal takpo, janji molek”
 
motul
Pomen pun bubuh le minyak enjin yang tiptop agar enjin motorsikal Danial dapat berfungsi dengan optimum.
 
Dah siap, dah bayar, Danial pun pulas minyak untuk balik ke rumahya, esok nak ride jauh skit, jadi malam ni nak relax, fikir Danial.
 
Belum sampai 2 kilometer, tiba-tiba, Danial rasa sakit di dada.. dia menekan dadanya berkali-kali, dan… Danial rebah bersama motor terbarunya……. Danial terkena serangan jantung.
 
Danial dibantu oleh orang ramai dan di bawa ke hospital.
 
Setelah 3 hari di hospital, doktor menasihati Danial untuk mengubah cara hidup, senaman, makan makanan yang berzat dan berhenti merokok.
 
Danial teringat akan minyak enjin motorsikalnya, minyak yang bermutu, molek dan baik agar enjin motorsikal berfungsi secara optimum.
 
Dan Danial teringat akan badannnya… semua yang dimakan hanya untuk sedap dan kenyang, tidak pernah dia terpikir untuk makan makanan yang berzat. 
 
Kerana dia fikir dia masih sihat.
 
Rupanya, motorsikal Danial lebih mahal berbanding badan Danial… Danial ingin berubah….
 
Selepas 3 minggu, Danial menghirup kopi mocca kemudian menyedut vape sambil memerhatikan motorsikal barunya (yg kemalangan dah jual) yang baru siap dibasuh diservis dengan mutu yang tertinggi.
 
Tammat!
 
Badan Danial – 😭
Leave a Reply

Anda mungkin suka baca artikel berikut:

debungalebah

Debunga Lebah

Pernah rasa Debunga Lebah? Ahhhaaa untuk kekal aktif dan bertenaga saya amalkan Bee Pollen, sesuai untuk yang selalu travel/driving long hours kerana debunga lebah ni

Baca seterusnya »
IAmWanHasbullah

Matlamat dan BIG WHY

RAMAI orang tidak mencapai dan menikmati kehidupan yang mereka MAHUKAN. Bukan kerana mereka tidak MAMPU.  Bukan kerana tiada PELUANG. Bukan juga kerana MASALAH yang berlaku

Baca seterusnya »

Jangan Terlepas blog Terbaru Forever Wanniaga

Masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan

terima pemberitahuan pos baru melalui e-mel

freeshipping

PENGHANTARAN PERCUMA untuk
pesanan melebihi RM400